Wednesday, 13 March 2013

Kau Kawan, Sahabat & Teman

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia dan kelemahanmu
Tetap engkau temanku

Riang saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Angannya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah ku lupakan
Detik yang indah bersamamu...
Temanku

Ku pasti suatu masa...
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalin detik indah
Untuk kenangan bersama...


kan best time sekolah dulu! rindu siakkk sama kau ngan Suria! lepak sama-sama.. online sama-sama.. makan kfc sama-sama.. pergi tandas sama-sama... pergi kantin sama-sama... semuanya lah sama-sama!! 

Intan... sabar ye... aku tau banyak dugaan kau kena harung kat sana.. be strong ye beb! kau kena kuat.. semangat gituu~... ada rezeki, dapat kita kumpul semula... lepaking macam dulu-dulu.. mesti seronok! gempak syehhh! ^^,

always remember this geng! chaiyookkk... hehe...

Bila kita ketawa, ramai yang menghampiri kita.. Tapi tak ramai yang bersama kita tatkala kita sedih.. Hanya teman yang setia saja faham keadaan kita.. ♥

tapi makcik aku cakap cenggini lak... 

Allah teman yang paling rapat dengan kita. Susah senang Dia tetap bersama. Kita je yang mudah lupa.


*ketawa bersama... menangis bersama...*
xoxo_nana^^, 

Monday, 11 March 2013

Kerana Dirimu Begitu Berharga!

Assalamualaikum korangs korangs korangs..~

kawan... rakan... teman... sahabat...


ada makna dan maksud tersurat serta tersirat disebalik perkataan tersebut... nak dihuraikan?? Alaaaa.... search je la google... haha...
Anyway... dalam berkawan, bersahabat ni... tetap ada adab-adabnya... jangan nak main redah je la kan... suka-suka hati je.. nanti dah touching, hah! baru la rasa bersalah kan... tak gitu?? >.<

Ada teman baru bagitau adab berkawan kat aku, antaranya....


  • tidak lebih-lebihan menyayangi
  • menyayangi semata-mata kerana Allah s.w.t
  • mendoakan kesejahteraan kawan tanpa pengetahuannya
  • bersahabat dengan orang yang menjaga agamanya
  • hindarkan dari berkawan dengan mereka yang tidak mengambil berat tentang Islam, melanggar pantang larang kecuali untuk tujuan berdakwah kepadanya

    **INGAT!! Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenarnya & kekayaan menarik sahabat-sahabatmu, kemiskinan menjadi penolaknya!

    ~renung-renungkan&selamat beramal~ >.<