Monday, 11 March 2013

Kerana Dirimu Begitu Berharga!

Assalamualaikum korangs korangs korangs..~

kawan... rakan... teman... sahabat...


ada makna dan maksud tersurat serta tersirat disebalik perkataan tersebut... nak dihuraikan?? Alaaaa.... search je la google... haha...
Anyway... dalam berkawan, bersahabat ni... tetap ada adab-adabnya... jangan nak main redah je la kan... suka-suka hati je.. nanti dah touching, hah! baru la rasa bersalah kan... tak gitu?? >.<

Ada teman baru bagitau adab berkawan kat aku, antaranya....


  • tidak lebih-lebihan menyayangi
  • menyayangi semata-mata kerana Allah s.w.t
  • mendoakan kesejahteraan kawan tanpa pengetahuannya
  • bersahabat dengan orang yang menjaga agamanya
  • hindarkan dari berkawan dengan mereka yang tidak mengambil berat tentang Islam, melanggar pantang larang kecuali untuk tujuan berdakwah kepadanya

    **INGAT!! Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenarnya & kekayaan menarik sahabat-sahabatmu, kemiskinan menjadi penolaknya!

    ~renung-renungkan&selamat beramal~ >.<