وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ
“dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu.”
( 4:23-sebahagian).
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ
وَالْأَفْئِدَةَ ۙ
لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.”
( 16:78).
يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِّن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ
“ Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita.”
.((39:6)
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ
حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ
وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ
ثَلَاثُونَ شَهْرًا
“ Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
(46:15-sebahagian)
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).(46:2)
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur, lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron dan menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
- Tolong pergi kedai RM4.00
- Tolong jaga adik RM4.00
- Tolong buang sampah RM1.00
- Tolong kemas bilik RM2.00
- Tolong siram bunga RM3.00
- Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah = RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis di belakang kertas yang sama.
- Kos mengandungkanmu selama 9 bulan PERCUMA
- Kos berjaga malam kerana menjagamu PERCUMA
- Kos airmata yang menitis keranamu PERCUMA
- Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu PERCUMA
- Kos menjaga, membeli pakaian dan keperluanmu PERCUMA
Air mata anak berlinang setelah membaca nota yang dituliskan oleh ibunya. Si anak menatap wajah ibu, lalu memeluknya sambil berkata, "Saya sayangkan ibu." Kemudian si anak mengambil pen dan menulis, 'Telah dibayar malah terhutang pada muka surat yang ditulisnya.'
***Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah S.A.W dan bertanya. "Wahai Rasullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"
Rasullah menjawab, "Ibumu (dan diulang sebanyak 3 kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
No comments:
Post a Comment